comscore
Tumpuan :
Nasional

Mat London tenat – Anak

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London keadaannya kini tenat.

Perkembangan terkini pelakon filem ’18 Puasa di Kampong Pisang’ itu telah dikongsikan menerusi hantaran Facebook anaknya, Salmany Akir Ahmad lewat malam tadi.

“Papa dah tenat dan nazak. Saya mohon semua doakan papa.

“Papa baik orangnya. Ramai orang senang dengan papa. Ramai orang sayang dengan papa. Malam ni aku tengok papa dah terlalu lemah.

“Bacaan surah Yasin yang termampu buat aku untuk papa. Kami semua anak anak menantu dan cucu sayang papa. Kami doakan papa.” hantaran Salmany

Mat London sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur HKL sejak 13 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru.

Dalam tempoh rawatan, pelakon itu bergantung sepenuhnya dengan mesin oksigen dan berada di wad pengasingan Unit Rawatan Rapi (ICU) selain mengalami pelbagai komplikasi penyakit lain yang turut menjejaskan kesihatannya.

Loading...
Terkini