NEW YORK: Masyarakat antarabangsa mesti bersuara menentang kekejaman terhadap Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sikap itu perlu ditunjukkan seperti mana mereka bersuara keras menentang pencabulan hak asasi manusia, ketidakadilan dan kekejaman.
“Rampasan dan pencerobohan berterusan dengan lebih banyak penempatan haram dibina, melucutkan tanah rakyat Palestin yang menjadi hak milik mereka. Ini merupakan pelanggaran berat undang-undang antarabangsa” kata Anwar.
“Terdapat juga kemunafikan yang nyata dalam menangani isu Palestin. Masyarakat antarabangsa mesti bersuara menentang kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin “ kata Anwar dalam Kenyataan Negara Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.
| ARTIKEL BERKAITAN:
- [VIDEO] Anwar tiba di New York untuk hadiri UNGA 78
- UNGA 78: Anwar akan beri pandangan isu global dan peranan masyarakat antarabangsa tangani cabaran
- UNGA 78 : Jurang perbezaan negara Selatan dan Utara perlu dirapatkan-Zambry
- Kerakusan kuasa besar menyebabkan peranan PBB diketepikan
- Konflik di Ukraine perlu diselesai secara baik melalui rundingan – Anwar
- [VIDEO] Malaysia komited bantu rakyat Afghanistan