![](https://media.buletintv3.my/2025/02/SULTAN-IBRAHIM.jpg)
PUTRAJAYA: Masjid Negara, Masjid Putra, dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat hajat dan doa selamat selepas solat Maghrib bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, solat hajat turut diadakan di masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
“Umat Islam diundang untuk bersama-sama ke masjid atau surau berkenaan bagi mendoakan Seri Paduka Baginda agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jumaat lalu, Istana Negara memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara untuk menjalani rawatan, ditemani Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman, dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.