Tumpuan :
Nasional

Masjid Jamek Cina Muslim Klang terap kesenian masjid tertua di China

FOTO: Masjid Jamek Cina Muslim Klang/ Facebook 

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KLANG: Keindahan Masjid Besar Xi’an di China berjaya menarik perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, untuk menerapkan ciri dan seni binanya di Masjid Jamek Cina Muslim, Bandar Botanik, Klang.

Sejak dibuka sebulan lalu, masjid baharu itu ternyata memukau pengunjung yang hadir termasuk dari luar negara.

Pembinaan masjid berasaskan paksi pusat dengan pembahagian ruang-ruang lapang sebelum menuju ke dewan solat utama di rumah ibadah itu persis masjid tertua di China — iaitu Masjid Besar Xi’an.

FOTO: Masjid Jamek Cina Muslim Klang/ Facebook 

“Kita kaji dalam lima ke enam masjid juga, termasuk Masjid Besar Xi’an dan daripada kita punya kajian, kita lihat daripada intipati yang kita dapat.

“Dalam masa sebulan, kita cuba mereka semula masjid ini,” ujarnya.

FOTO: Masjid Jamek Cina Muslim Klang/ Facebook 

Delegasi negeri termasuk arkitek melawat Masjid Besar Xi’an dan beberapa masjid lain China antara 12 hingga 17 Mac 2019 sebelum membentangkan cadangan baharu kepada Sultan Selangor pada 7 Mei tahun sama.

Menurutnya, sebahagian daripada bahan binaan turut diimport dari negara tembok besar selain setiap hiasan juga menerapkan tulisan kaligrafi cina.

FOTO: Masjid Jamek Cina Muslim Klang/ Facebook 

Bagi pengunjung, Marializa Alias, seni bina bangunan itu yang unik telah mendorong dirinya dan kawan-kawan untuk melawat ke masjid berkenaaan.

“Seni binanya cantik. Ini adalah masjid cina jadi wajib ada unsur cina di dalamnya.

“Ia tidak boleh dipisahkan, apa pun budaya mereka, mereka mesti menjaga budaya mereka.

FOTO: Masjid Jamek Cina Muslim Klang/ Facebook 

“Islam itu agama, agama yang indah, kalau anda ingin persembahkan Islam, ia tidak bermaksud anda perlu menghayati budaya sesuatu bangsa,” katanya.

Pembinaannya dilihat bukan sahaja menjadi tempat penyatuan ummah dan pusat ibadat namun ikonik baharu di bandar Klang yang wajib dikunjungi pelancong.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini