comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Masih ada penjawat awam minta, terima rasuah’ – PM

FOTO: NSTP

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, masih ada kelompok kecil dalam kalangan penjawat awam yang mengamalkan sikap meminta dan menerima rasuah.

Perdana Menteri menegaskan, beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok kecil terbabit kerana ia boleh mencemarkan imej Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya.

“Sebulan berlalu, sejak saya mengambil pimpinan di negara ini. Ada perubahan tetapi saya beritahu rakan menteri tadi, ada bidang penguatkuasaan kelompok kecil yang masih cuai.

“Dan meneruskan adegan lama mengutip habuan, menetapkan kos tambahan, menentukan ada hadiah hadiah besar.

“Saya mohon bicara di masjid malam ini kerjasama sepenuhnya kerana percayalah saya tidak akan bertolak ansur dengan segala kecuaian yang telah merobohkan dan rosakkan negara kita selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan dalam majlis Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra di sini, malam ini.

Loading...
Terkini