KUALA LUMPUR: Perkhidmatan LRT antara laluan stesen Kelana Jaya dan KLCC dilaporkan tergendala lagi petang, menyebabkan ribuan pengguna terkandas di stesen masing-masing.
Menerusi laman sosial rasmi Rapid Kuala Lumpur (KL) menyatakan tiada perkhidmatan tren di antara Stesen KLCC hingga ke Stesen Kelana Jaya.
Lebih menyukarkan, keadaan berlaku pada waktu puncak ketika sebahagian besar pengguna mula memenuhi stesen untuk pulang selepas tamat waktu kerja.
Wartawan BH yang turut berada di KL Sentral mendapati ramai pengguna merungut kerana gangguan sama turut berlaku semalam.
Semakan di laman sosial rasmi Rapid Kuala Lumpur di Twitter (AskRapidKL) mendapati, ciapan pada jam 4.49 petang ini memaklumkan penutupan laluan LRT Kelana Jaya.
“Stesen LRT Kelana Jaya sehingga Stesen LRT Ampang Park kini telah ditutup kepada pengguna. Penumpang diminta menggunakan perkhidmatan bas perantara percuma atau mengambil mod pengangkutan alternatif lain. Mohon maaf atas kesulitan,” katanya.
Pelajar MSU Shah Alam, Muhammad Danish Amri Anuar, 18, berkata semasa menaiki tren ada pengumuman memaklumkan ‘automatic train control’ tidak berfungsi.
“Tren dah bergerak perlahan bermula dari stesen Abdullah Hukum, setibanya dia stesen Bangsar pintu tren tidak tertutup lama.
“Jadi saya mengambil keputusan untuk keluar dari tren dan menaiki bas awam untuk ke sini, KL Sentral,” katanya.
Difahamkan, masalah teknikal ini juga telah berlaku semalam bermula jam 11 malam.
“Perkhidmatan bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari stesen-stesen berikut:
LRT Lembah Subang ke LRT Pasar Seni
1) WUX5708
2) WVA2977
3) WVE5821
LRT Pasar Seni ke LRT Lembah Subang
1) WVC3807
2) WVE5821
3) WVF1541
4) WVC6461
5) WUT8479
LRT Damai ke LRT Masjid Jamek
1) VAF5434
2) VAF5461
3) VAE7196
4) VAF7116
5) VAF6410
LRT Masjid Jamek ke LRT Damai
1) W2675T
2) W7400S
3) PJJ7149
4) VK6243
5)VH3697