comscore
Tumpuan :
Nasional

“Masalah privasi keluarga, jangan ada masuk campur” – Musa Hassan

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta orang ramai supaya menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya.

Musa berkata demikian dalam satu ciapan di Twitter menjawab pertanyaan netizen susulan penularan video memaparkan individu dipercaya bekas pegawai kanan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu hari ini.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur. Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya dalam ciapan berkenaan.

Terdahulu, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak dalam rakaman itu.

Loading...
Terkini