comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Masalah kewangan dipercayai punca bunuh isteri guna penukul

 

KUALA TERENGGANU: Polis tidak menolak kemungkinan masalah kewangan menjadi punca seorang wanita maut akibat dipukul suaminya menggunakan tukul besi hingga maut di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ia berdasarkan siasatan awal yang dijalankan pihaknya.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia 32 tahun itu masih dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian kita percaya suspek ada masalah kewangan dan dia juga bebas daripada pengaruh dadah.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan semalam mendapati punca kematian adalah disebabkan cedera di kepala disebabkan objek tumpul,” katanya.

Media semalam melaporkan seorang wanita maut disyaki dibunuh suaminya sendiri dengan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa Rubiah Sabtu, 41, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian muka dan kepala.

Pagi tadi, suspek yang bekerja sebagai tukang rumah dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun bagi mendapatkan perintah tahanan reman dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Loading...
Terkini