Tumpuan :
Nasional

Mas Ermieyati sah dilantik Pengerusi PAC

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (kiri) dan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.

Pencalonan beliau disokong sebulat suara oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, selepas dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut dipersetujui adalah pelantikan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi daripada Pakatan Harapan (PH) sebagai Naib Pengerusi.

Mas Ermieyati yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) menggantikan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh daripada PH yang memegang jawatan itu dalam pentadbiran sebelum ini.

Loading...
Terkini