Tumpuan :
Nasional

Martin dijangka terlepas perlumbaan di Buriram

Martin mengalami kecederaan dalam kemalangan ketika ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang. FOTO: @MotoGP / X

BARCELONA: Juara dunia MotoGP, Jorge Martin, dibenarkan keluar hospital selepas kemalangan ketika ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang. Insiden itu menyebabkan tulang tangan kanan dan kaki kirinya retak, merencatkan persiapan musim baharunya bersama Aprilia.

Walaupun pembedahan berjaya, Martin dinasihatkan berehat dan dijangka terlepas sesi ujian di Litar Buriram minggu depan.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kemampuannya kembali bersaing dalam perlumbaan pembukaan di Thailand hujung bulan ini.

Musim 2024 bersama Pramac Racing menjadi pencapaian penting bagi Martin sebelum berpindah ke Aprilia untuk MotoGP 2025. Namun, kecederaan ini menjejaskan perancangannya menyesuaikan diri dengan pasukan dan jentera baharu.

Aprilia kini menuntut penjelasan daripada Michelin, pembekal tayar rasmi MotoGP, selepas tayar dipercayai menjadi faktor penyebab kemalangan Martin.

Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia, Massimo Rivola, mempersoalkan tahap keselamatan tayar yang digunakan, mencetuskan ketegangan antara kedua-dua pihak.

Isu tayar Michelin sering diperdebatkan, dengan beberapa pasukan meragui keseimbangan antara prestasi dan keselamatan tayar dalam perlumbaan.

Martin berdepan tempoh pemulihan mencabar, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental, dengan masa depannya dalam perlumbaan pembukaan musim masih menjadi tanda tanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini