comscore
Tumpuan :
Nasional

Maritim Malaysia tahan bot tunda, tongkang Singapura

FOTO: Maritim Malaysia

MERSING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot tunda Singapura bersama tongkang pada kedudukan lebih kurang 3.5 batu nautika barat Pulau Harimau sekitar jam 11 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, bot tunda bersama tongkang itu ditahan pasukan peronda Maritim Malaysia yang melaksanakan Op Jaksa dan Op Tiris.

Hasil pemeriksaan mendapati, dua jentera dari Singapura itu disyaki melakukan kesalahan kerana tidak melaporkan ketibaan dan bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

FOTO: Maritim Malaysia

“Pemeriksaan ke atas dokumen pula mendapati, semua tujuh kru kedua-dua bot terbabit adalah warga Indonesia berusia antara 25 hingga 54 tahun termasuk nakhoda.

“Nakhoda dan ketua jurutera dibawa ke jeti Maritim Mersing untuk disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya melalui kenyataan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini