Tumpuan :
Nasional

Maritim Malaysia sita bot nelayan dan tahan lima kru warga Myanmar

Bot nelayan digunakan lima warga Myanmar untuk menangkap ikan di kawasan perairan Sungai Besar, semalam. – FOTO: Ihsan Maritim Malaysia

SUNGAI BESAR: Seorang remaja berusia 16 tahun antara lima kru warga Myanmar yang ditahan ketika menangkap ikan di kawasan perairan Sungai Besar, di sini, semalam.

Manakala bot nelayan mereka disita, menerusi Op Ehsan, Op Murni dan Op Tiris 3.0 pada kedudukan kira-kira 11 batu nautika barat daya Sungai Besar kira-kira jam 9.45 pagi.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pemeriksaan mendapati semua kru warga Myanmar berusia antara 16 hingga 46 tahun itu gagal mengemukakan permit kerja sah atau dokumen kebenaran bekerja di atas bot.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963, dengan kira-kira 300 kilogram ikan turut ditemukan di atas bot.

“Semua kru, bot dan hasil perikanan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Berdasarkan soal siasat, Abdul Muhaimin berkata semua kru dibayar gaji bulanan RM1,000 dengan komisyen tambahan mengikut jumlah hasil tangkapan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini