comscore
Tumpuan :
Nasional

MAQIS benteng biosekuriti negara

PELABUHAN KLANG: RM40 juta nilai dagangan dikumpul hasil penguatkuasaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) terhadap individu tidak bertanggungjawab membawa masuk barangan pertanian yang ditakrifkan sebagai tidak selamat untuk pengguna.

Nilai dagangan dikumpul hasil penguatkuasaan MAQIS di pintu masuk negara khususnya udara, laut dan darat.

MAQIS memastikan setiap bahan mentah diimport ke dalam negara bebas dari bahan tercemar dan ia merupakan pencegahan awal bagi menjamin keselamatan biosekuriti negara, sekaligus memetahui aspek kesihatan manusia.

Menurut Timbalan Ketua MAQIS, Dr Azhari Sharidan Abu Bakar, rakyat Malaysia tidak boleh membeli makanan dari luar negara, dikhuatiri dijangkiti penyakit.

“Cabaran MAQIS adalah untuk mendidik orang awam mengenai barangan yang boleh dan tidak boleh dibawa masuk.

“Buat masa ini makanan seperti daging dan buah-buahan tidak dapat dipertimbangkan dikhuatiri terdapat serangga perosak atau virus yang boleh menyebabkan jangkitan,” katanya. 

Barang dagangan khususnya tumbuh-tumbuhan, haiwan, hidupan laut, keluaran hasil pertanian dan makanan yang diimport ke dalam negara perlu mematuhi peruntukan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan, bagi memelihara hak pengguna serta melindungi sektor pertanian negara.

Tonton laporan khas ‘Benteng Biosekuriti Negara’ dan pelbagai rangkuman kes sepanjang minggu dalam program 999 malam ini di TV3.

Program 999 bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam dan strim sekarang melalui Tonton!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 999 TV3 (@999tv3)

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini