Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Manipulasi timbangan: Penguatkuasa MPOB diarah turun padang pantau syarikat peraih kelapa sawit


Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Penguatkuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) diarahkan turun padang memantau syarikat peraih dan pembeli buah kelapa sawit yang dikesan melakukan penipuan timbangan.

Menteri Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tindakan itu perlu dilakukan kerana terdapat rungutan daripada pekebun kecil yang mendakwa ada manipulasi melalui timbangan semasa pembelian dibuat.

“Tahun 2025 ini, saya dah bagitahu MPOB kita hendak mensyaratkan pembeli buah kelapa sawit dan ‘dealer’ atau orang tengah beli kelapa sawit daripada pekebun kecil ini.

“Kita hendak beritahu mereka kena betulkan timbangan sebab jangan ada rungutan datang daripada pekebun kecil mengatakan timbang tidak betul,” katanya.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-26 Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia, PERDASAMA di ibu negara, hari ini.

“Setiap kali dia beli daripada pekebun kecil ini dia mesti mengeluarkan resit kepada pekebun kecil berapa berat.

“Sebab banyak yang saya dapat feedback mereka rungutan dia cakap dealer ini timbang salah dan sebagainya saya cakap lesen kita keluarkan kepasa dealer ini untuk facilitate industry,” ujarnya.

Tambahnya meskipun jumlah aduan yang diterima tidak begitu tinggi, namun semua pihak perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Ujar Datuk Seri Johari sekiranya ada syarikat peraih atau pembeli kelapa sawit yang dikesan melakukan kesalahan, mereka bakal dikenakan tindakan termasuk tidak dibenarkan memperbaharui lesen.

“Jadi kalau dia terlibat dengan industri kena pastikan supaya dia mengikut prosedur yang kita tetapkan dan sekiranya dia langgar lesen dia tidak akan diperbaharui,” tegasnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini