Tumpuan :
Nasional

Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemui

Foto hiasan

KUCHING: Mangsa kelima yang dipercayai sebagai mangsa terakhir dalam tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri ditemui pada jam 6.06 petang ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Fatimah Dawi, 71.

Dengan penemuan mayat wanita warga emas itu, lima mangsa disahkan terkorban dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu.

Menurut Alexson, mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan runtuhan pada jam 6.26 petang dan dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, keseluruhannya seramai 12 mangsa yang tinggal di dua rumah terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu.

“Daripada jumlah itu, lima mangsa disahkan meninggal dunia, dua orang cedera dan bakinya selamat.

“Mangsa yang cedera termasuk seorang yang dijumpai di tempat kejadian, manakala yang lain menyelamatkan diri ketika runtuhan berlaku,” katanya.

Menurutnya lagi, mayat mangsa pertama ditemukan pada jam 6 pagi, diikuti mayat kedua pada jam 10.40 pagi, mayat ketiga pada jam 11.30 pagi, manakala mayat keempat pada jam 11.40 pagi.

Bagaimanapun, identiti empat lagi mangsa yang terkorban itu belum didedahkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini