comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mangsa simbah asid dakwa tak pernah ada musuh, berhutang 

 

Oleh: Izzatie Rizan

GOMBAK: “Apa salah saya hingga diperlakukan begini”

Itu luahan mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali semasa memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, baru-baru ini.

Jemilah Sabda 60, kini menderita melepuh di tangan serta cedera pada mata mengakui trauma dan sukar tidur malam.

Malah beliau mahu pelaku yang turut menyerang suaminya itu dibawa ke muka keadilan.

Jemilah mendakwa, dia tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa sepanjang enam tahun mengusahakan kedai roti nan bersama suaminya.

Beliau yang dibenarkan keluar hospital sejak Khamis lalu berkata, kesakitan kesan asid itu tidak tertanggung.

Dia juga mengalami pedih berterusan pada bahagian mata kanan.

Manakala suaminya, warga Pakistan melecur di bahu kanan sehingga ke belakang badan dan muka.

“Ketika kejadian saya memang hanya nampak pelaku tunggu sama ketika kami mahu masuk lif, tak sangka bila kami masuk dia simbah kami dan kemudian terus lari.

“Memang saya sedih sangat.. tergamaknya dia buat begini apa salah saya, baharu sangat saya diuji.. apa salah saya dengan orang,” katanya

Menurut Jemilah, sebelum serangan asid itu gerai roti nan musnah dalam kebakaran yang didakwa akibat perbuatan khianat pada 9 Jun lalu.

Baharu sahaja bangkit selepas kerugian RM50,000 ….kini nasibnya diduga lagi.

“Saya tak mahu menuduh…tapi saya mahu dia dibawa ke muka keadilan. Saya menanggung ibu dan juga seorang adik istimewa…jika tak meniaga siapa nak tanggung keluarga saya,” tambahnya.

Dalam pada itu Pemangku Ketua Polis Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, polis sedang giat mengesan suspek.

Dalam kejadian Selasa lalu, seorang warga emas berusia 60 tahun bersama suami dan anaknya disimbah asid semasa memasuki lif di pangsapuri terbabit.

Rakaman kamera litar tertutup CCTV yang tular di media sosial memaparkan seorang individu berdiri berhampiran mangsa sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat.

Loading...
Terkini