KUBANG KERIAN: Mangsa kedua yang diselamatkan dalam insiden runtuhan bangunan resort di Pulau Perhentian di Besut meninggal dunia.
Bahul Jamil 42 tahun meninggal dunia 2.14 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian Kelantan.
Mangsa kedua yang diselamatkan dalam insiden runtuhan bangunan resort di Pulau Perhentian di Besut meninggal dunia. pic.twitter.com/lpGdy8jzQd
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 12, 2023
Ketua Polis Daerah Besut Superitenden Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan otot yang sangat teruk akibat tersepit di bawah runtuhan.
Buah pinggang mangsa turut rosak sehingga menyebabkan kegagalan jantung.
Bahul Jamil diselamatkan pasukan penyelamat pada 1.18 minit petang Khamis sebelum dihantar ke Hospital Besut.