comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa dipercayai tersesat ketika mendaki

Oleh: Fazli Ahmad

CAMERON HIGHLANDS: Pelancong India yang ditemui mati ketika mendaki Gunung Jasar di sini dipercayai tersesat jalan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mayat yang dijumpai petang semalam jauh dari laluan yang sering digunakan pendaki ke gunung terbabit.

Menurutnya, mayat mangsa  dibawa keluar menggunakan helikopter jam 11:20 pagi tadi .

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

“Hasil siasatan awal, mangsa kemungkinan tersesat dan jauh dari lokasi permulaan mendaki malah tempat mayat terbabit dijumpai juga bukan di laluan ke Gunung Jasar dan faktor itu menyebabkan pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa lama mengesan mangsa,” katanya pada sidang media sini hari ini.

Mangsa Nanda Suresh Nadkarni, 44, dilaporkan hilang selepas mendaki Gunung Jasar, 22 September lalu, dilaporkan menginap di sebuah hotel di Tanah Rata 19 September dan sepatutnya keluar dari tempat penginapan terbabit 24 September.

Bagaimanapun mangsa hilang selepas mendaki Gunung Jasar dan kehilangan mangsa dilaporkan pemilik hotel pada 24 September.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini