comscore
Tumpuan :
Nasional

“Mangsa cuba membantu, malangnya dia dihanyutkan air deras” –  Polis

FOTO IHSAN PDRM

ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas cuba menyelamatkan dua rakannya yang hampir lemas, namun mangsa sendiri yang menemui ajal di Pantai Cermin, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa, Haudi Sujai, 63, datang memancing ke pantai itu bersama tujuh rakannya, jam 10 pagi semalam.

Katanya siasatan awal mendapati pada jam 4 pagi tadi, dua rakan mangsa berjalan kaki ke arah pantai Pulau Masjid, di sini untuk memancing.

“Bagaimanapun dua rakannya terperangkap dan hampir lemas apabila air laut mulai pasang kira-kira jam 11 pagi tadi.

“Mangsa cuba membantu, malangnya dia dihanyutkan air deras manakala dua rakannya berjaya diselamatkan oleh orang kampung,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Arshad berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan pihak bomba dengan bantuan orang kampung sebaik menerima laporan kejadian itu.

“Sekitar jam 3 petang mangsa ditemui terapung tidak jauh daripada lokasi dia dilaporkan lemas dan dibawa naik ke pantai dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Port Dickson.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Loading...
Terkini