KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan apabila seramai 3,951 orang dilaporkan masih terjejas setakat jam 8 pagi.
Semua mangsa daripada 907 keluarga itu berada di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun dan Kemaman.
Angka itu bertambah sedikit berbanding 3,691 mangsa daripada 848 keluarga di 12 PPS, malam tadi.
Berdasarkan maklumat Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kemaman masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 3,761 orang.
Semua mangsa daripada 862 keluarga itu berlindung di lapan PPS di daerah berkenaan.
Empat PPS masih diaktifkan di Dungun bagi menempatkan 190 mangsa daripada 45 keluarga.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.