comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir Raub terus meningkat

Anggota APM Raub giat menjalankan operasi banjir

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di Raub, Pahang terus meningkat kepada 121 mangsa daripada 34 keluarga setakat jam 12 tengah hari berbanding 99 mangsa dari 25 keluarga yang direkodkan pagi tadi.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Raub memaklumkan kesemua mangsa dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tok Machang dengan 95 mangsa dari 26 keluarga dan PPS Ulu Gali sebanyak 26 mangsa dari 8 keluarga.

Dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka iaitu PPS Tok Machang dan PPS Ulu Gali.

Terdahulu Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Raub berkata, susulan hujan berterusan sejak 11 malam tadi, menyebabkan dua kampung di daerah berkenaan dinaiki air.

Hujan berterusan sejak 11 malam tadi, menyebabkan dua kampung di daerah ini dinaiki air.

Dua kampung yang terjejas ialah Kampung Tok Machang dan Kampung Ulu Gali yang dinaiki air bermula jam 12.30 tengah malam tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini