Oleh: Safwan Sawi
PENAMPANG: Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga tengah malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kebudayaan Penampang yang dibuka sejak semalam.
Mangsa banjir di Penampang meningkat kepada 112 orang daripada 40 keluarga pagi ini berbanding 78 orang daripada 28 keluarga tengah malam tadi. pic.twitter.com/uJFntraIi0
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 1, 2024
Dalam pada itu, banjir turut melanda Putatan dengan menyaksikan dua mangsa daripada dua keluarga dipindahkan di PPS yang diaktifkan di Dewan Sri Putatan pada 1 pagi tadi.
Situasi itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di Sabah dari kedua-dua daerah berkenaan sebanyak 114 orang daripada 42 keluarga dengan dua PPS dibuka, setakat pagi ini.
Hujan lebat berterusan sejak tengah hari semalam mengakibatkan kenaikan paras air, seterusnya menyebabkan banjir di kawasan sekitar Penampang, Putatan dan daerah berhampiran Kota Kinabalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa