comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mangsa banjir Kelantan naik mendadak, hampir 3,000 orang di PPS

KOTA BHARU: Situasi banjir di Kelantan semakin teruk apabila jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 2,854 orang setakat jam 3 petang tadi berbanding 1,366 orang pada pagi hari ini.

Mereka yang terdiri daripada 838 keluarga kini berlindung di 16 PPS di tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir paling ramai adalah di Pasir Mas iaitu seramai 2,402 orang daripada 714 keluarga.

Mangsa banjir di Tanah Merah pula sejumlah 317 orang daripada 90 keluarga dan di Kuala Krai seramai 135 orang daripada 34 keluarga.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, Sungai Semerak di Bachok melepasi paras amaran dengan bacaan 8.15 meter (m) berbanding paras normal 6m.

Empat sungai pula melepasi paras waspada iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai (20.08m), Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah (12.07m), Empangan Bukit Kwong (17.26m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.1m).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini