comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir Kedah meningkat

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 603 orang daripada 174 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam lima petang tadi.

Untuk rekod pada sebelah pagi tadi, 341 mangsa daripada 102 keluarga berada di PPS,

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata dua PPS baharu dibuka di daerah Kubang Pasu iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau dan Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubuk Batu.

“Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir dinasihatkan berpindah ke PPS atau tempat selamat sekiranya rumah mereka terus dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, sebuah PPS di Dewan Taman Seri Bagan di daerah Kota Setar yang menempatkan 40 mangsa daripada 14 keluarga sudah ditutup sepenuhnya pada jam 1.34 petang hari ini.

Loading...
Terkini