KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di Terengganu yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat kepada 628 orang.
Setakat jam 8 malam ini, 149 keluarga berada di sembilan PPS di enam daerah.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, satu PPS di daerah Marang iaitu di SK Rusila menempatkan 44 mangsa daripada 12 keluarga ditutup petang tadi.
Seramai 69 mangsa dari 18 keluarga dibuka di dua PPS di daerah terbabit iaitu di SK Rawai terdapat 27 mangsa tujuh keluarga dan di SMK Merchang seramai 42 mangsa membabitkan 11 keluarga.
Jumlah mangsa di daerah Kuala Terengganu sedikit bertambah seramai 269 mangsa membabitkan 71 keluarga berada di dua PPS.
PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Atal Tol menempatkan 237 mangsa daripada 63 keluarga manakala di SK Gong Tok Nasek masih kekal seramai 32 mangsa membabitkan lapan keluarga.
Mangsa di daerah Besut juga meningkat kepada 181 orang membabitkan 38 keluarga berlindung di SK Kuala Besut berbanding 31 mangsa daripada enam keluarga petang tadi.
Di Kuala Nerus, jumlah mangsa kekal satu PPS saja dibuka bagi menempatkan 34 mangsa membabitkan enam keluarga ditempatkan di Dewan Sivik Batu Rakit.
Di Kemaman kekal menempatkan 13 mangsa daripada empat keluarga di PPS dewan orang ramai Kampung Labohan, Kemaman.
Bagi daerah Dungun, dua PPS dibuka menempatkan 62 mangsa membabitkan 12 keluarga di SK Tok Kah seramai 30 orang daripada enam keluarga manakala 32 orang daripada enam keluarga berlindung di Balairaya Kampung Pelandang.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Terengganu & Kelantan
- Banjir di Terengganu: 516 mangsa ditempatkan di 10 PPS
- [VIDEO] Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurangan, Kelantan meningkat sedikit
- Banjir di Terengganu merebak, 1,431 mangsa dipindah ke 14 PPS
- [VIDEO] Banjir Terengganu : Lebih 4,500 mangsa di PPS, Dungun pula terjejas
- Mangsa banjir Terengganu menurun, 3,581 orang masih di PPS
- PPS di Terengganu masih tempatkan 1,137 mangsa banjir