comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 321 mangsa

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Jumlah manga banjir di Terengganu menurun kepada 321 mangsa daripada 68 keluarga setakat jam 4 petang hari.

Kesemua mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Ia menunjukkan penurunan berbanding seramai 385 mangsa daripada 81 keluarga di 15 PPS tengah hari tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah yang terjejas akibat banjir adalah Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut.

Marang merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu 187 mangsa daripada 36 keluarga di empat PPS.

Semua mangsa ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai, Dewan Sivik Wakaf Tapai, Dewan Sivik Merchang dan SK Pengkalan Berangan.

Empat PPS dibuka di Dungun bagi menempatkan 61 mangsa daripada 12 keluarga.

Di Kemaman, satu PPS dibuka iaitu di Balai Raya Beris Nenas bagi menempatkan 3 mangsa daripada 2 keluarga.

PPS Setiu di Balai Raya Kampung Bintang yang menempatkan seorang mangsa daripada satu keluarga sudah ditutup tengah hari tadi.

Di Hulu Terengganu, jumlah penduduk terjejas berkurangan kepada 55 mangsa daripada 15 keluarga di tiga PPS tengah hari ini berbanding 68 mangsa daripada 18 keluarga di lima PPS pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini