Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal setakat petang ini

Foto fail

KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di Sarawak terus berkurangan namun mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.

Menerusi kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan daripada 2,465 mangsa kepada 1,877 orang di 14 pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Bintulu, mangsa kini berkurangan kepada 862 orang, Mukah (602), Sibu (92), Miri (321).

Selain itu, dua PPS di Sibu telah ditutup.

Bagaimanapun, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu kekal kepada 989 orang daripada 308 keluarga setakat 4 petang ini.

Di Beaufort terdapat 538 mangsa, Kinabatangan (275) dan Membakut (176).

Sementara itu, semua mangsa di Tambunan telah dibenarkan pulang setelah banjir surut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini