
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat jam 8 malam, berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada petang tadi.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 mangsa, empat PPS di Beaufort menampung 1,719 mangsa, dua PPS di Membakut menempatkan 896 orang, dan dua PPS di Sook menempatkan 778 mangsa. Dua PPS di Keningau telah ditutup.
Di Sarawak, semua empat PPS yang menempatkan 352 mangsa banjir di utara negeri itu telah ditutup hari ini setelah keadaan pulih.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.