comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di PPS dua daerah Kedah meningkat 164 orang

Anggota APM Kubang Pasu menyukat paras air yang menyebabkan banjir di kawasan Changlun susulan hujan lebat hampir dua jam malam tadi. Foto Ihsan APM

ALOR SETAR: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini berjumlah seramai 164 mangsa daripada 58 keluarga setakat jam 5 petang hari ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 36 mangsa daripada 10 keluarga yang dilaporkan pada setakat jam 8 pagi hari ini apabila PPS itu dibuka pada jam 11.43 malam tadi.

Dua PPS di daerah ini ditutup sepenuhnya hari ini berikutan banjir surut sepenuhnya di daerah itu.

Daripada jumlah itu, 121 mangsa daripada 45 keluarga berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun di daerah Kubang Pasu, manakala 42 mangsa daripada 13 keluarga pula ditempatkan di Masjid Aisyah Kampung Tanjung, Mukim Padang Terap Kanan di daerah Padang Terap.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, kesemua mangsa terdiri daripada penduduk di Kampung Belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Wan Kemara, Kampung Kubang Kayu, Kampung Paya Nongmi, Kampung Halban, kampung belakang T Hotel dan Kampung Paya Lantau.

Beliau berkata, banjir berlaku disebabkan limpahan air Sungai Changlun/ Temin dan Sungai Laka di daerah itu.

“Jumlah itu membabitkan 42 lelaki dewasa, 42 wanita warga emas, 34 kanak-kanak, tiga bayi dan 15 warga emas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Masjid Aisyah pula meningkat kepada 43 mangsa daripada 13 keluarga.

Jumlah itu meningkat berbanding 38 mangsa daripada 11 keluarga pada 13 tengah hari tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Roshidi Kassim berkata, keseluruhan mangsa itu membabitkan penduduk di Kampung Tanjung Kanan yang terjejas akibat banjir kilat pagi tadi.

Beliau berkata, bagaimanapun paras air sungai dan kawasan yang dilanda banjir semakin surut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini