comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Perak, Perlis, Selangor meningkat

Foto fail

KUALA LUMPUR: Keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Perlis dan Selangor meningkat manakala banjir di Kedah serta Pahang beransur pulih setakat jam 8 malam.

Di PERAK, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di 12 PPS meningkat kepada 1,587 orang berbanding 1,459 orang petang tadi.

Keadaan sama direkodkan di PERLIS dengan jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 47 orang berbanding 28 orang, sementara di SELANGOR mangsa yang berlindung di PPS sedikit bertambah kepada 117 orang berbanding 105 orang, petang tadi.

Banjir di KEDAH pula beransur surut dengan merekodkan 137 mangsa masih ditempatkan di satu PPS di daerah Kota Setar berbanding 203 mangsa, petang tadi.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di enam PPS di daerah Temerloh mencatatkan penurunan kepada 1,418 orang berbanding 1,616 orang, petang tadi.

Sementara itu, NADMA yang memetik laporan Jabatan Pengairan dan Saliran turut memaklumkan sembilan sungai masing-masing di Sarawak, Perak dan Selangor berada dalam kategori bahaya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini