comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Perak meningkat

FOTO: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Hilir Perak/ Facebook

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak bertambah kepada 329 orang daripada 94 keluarga setakat jam 8 pagi ini, berbanding 316 orang daripada 90 keluarga semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.

FOTO: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Hilir Perak/ Facebook

Menurut jawatankuasa itu di Kerian, 90 orang daripada 22 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 56 orang daripada 18 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu, manakala di Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 183 penduduk daripada 84 keluarga.

FOTO: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Hilir Perak/ Facebook

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong menurun, namun masih berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 4.09 meter berbanding paras normal iaitu dua meter. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini