Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Melaka tinggal 9 orang

FOTO: NSTP

MELAKA: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin berkurangan apabila sembilan mangsa daripada tiga keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini, berbanding 32 orang daripada 11 keluarga pada 8 malam tadi.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim, mangsa terjejas kini berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin.

“Satu lagi PPS, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Ya’kub, Merlimau, yang menempatkan 25 orang daripada lapan keluarga, ditutup pada 10.40 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini