KUANTAN: Mangsa banjir di daerah ini menunjukkan penurunan dengan 1,285 mangsa masih berada di tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini setakat jam 5 petang tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, satu lagi PPS baharu dibuka iaitu PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA Jaya Gading, di sini, dengan 30 mangsa daripada lima keluarga.
Penurunan ketara jumlah mangs banjir di PPS Dewan Dato Manan iaitu daripada 560 orang kepada 395 orang manaklaa Dewan Orang Ramai (DOR) Sri Damai juga berkurang dari 57 orang kepada 54 orang.
![](https://media.buletintv3.my/2023/02/BUG-TV3-.jpg)
Sementara berlaku pertambahan jumlah mangsa banjir di dua lagi PPS iaitu di DOR Sri Mahkota bertambah seramai 62 orang menjadi 205 orang dan PPS Wisma Belia daripada 300 orang kepada 351 orang mangsa setakat ini.
Manakala dua lagi PPS iaitu DOR Jaya Gading dan DOR Taman Tas masih kekal masing-masing seramai 30 orang dan 220 orang.
Sementara itu, dua sungai di daerah ini masing menunjukkan paras bahaya iaitu Sungai Kuantan di Bukit Kenau dan Sungai Belat di Sri Damai, di sini, masing-masing pada paras 21.84 dan 5.95 meter.
Manakala Sungai Keratong di Jambatan Bahau – Keratong, dekat Rompin turur berada pada paras amaran bahaya iaitu ada paras 23.01 meter.
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan akan berlarutan di daerah ini sehingga Khamis dengan suhu antara 23 darjah Celsius hingga 30 darjah Celsius.