Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mangsa banjir di Kelantan menurun

KOTA BHARU: Sehingga jam 9 malam tadi, mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 17,397, berbanding 18,528 petang tadi.

Semua mereka membabitkan 5,818 keluarga ditempatkan di 48 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini.

Sehingga kini, daerah yang masih dilanda banjir adalah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh.

Berdasarkan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, Pasir Mas masih merekodkan mangsa paling ramai iaitu 12,066 orang membabitkan 4,158 keluarga yang di tempatkan di 23 PPS.

Tumpat pula merekodkan 3,986 mangsa membabitkan 1,303 keluarga di 13 PPS, manakala Pasir Puteh merekodkan 690 mangsa daripada 182 keluarga yang ditempatkan di enam PPS.

Sementara itu, Bachok merekodkan 551 mangsa membabitkan 144 keluarga di lima PPS dan Tanah Merah membabitkan 104 mangsa daripada 31 keluarga di satu PPS.

Terdahulu, empat PPS di Kelantan ditutup hari ini membabitkan daerah Kota Bharu, Kuala Krai, Jeli dan Machang apabila semua mangsa dibenarkan pulang selepas kediaman mereka.

Loading...
Terkini