comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Keadaan kunci air Sungai Bata yang melepasi paras bahaya susulan banjir. – FOTO: NSTP

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 6,718 mangsa daripada 2,115 keluarga setakat jam 6 petang ini, berbanding 6,575 mangsa yang dilaporkan jam 1.45 tengah hari tadi.

Jumlah terkini itu membabitkan 40 PPS di tujuh daerah di negeri ini.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, daerah Kota Setar terus mencatat pertambahan penduduk berpindah ke 12 PPS iaitu 2,945 mangsa daripada 967 keluarga, berbanding 2,813 mangsa daripada 927 keluarga petang tadi.

Daerah Kubang Pasu turut menunjukkan peningkatan apabila 1,602 mangsa daripada 519 keluarga di 12 PPS di daerah itu berbanding 1,546 mangsa daripada 499 keluarga sebelum ini.

Daerah Pendang turut mencatat peningkatan kepada 933 mangsa daripada 264 keluarga berbanding 923 mangsa daripada 262 keluarga sebelum ini.

Daerah Kuala Muda kekal dengan 184 mangsa daripada 61 keluarga di tiga PPS daerah itu manakala daerah Bandar Baharu kekal 128 mangsa daripada 29 keluarga.

PPS di Pokok Sena menunjukkan pengurangan apabila 912 mangsa daripada 271 keluarga berbanding 917 mangsa daripada 273 keluarga pagi tadi.

Laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan enam sungai di Kedah masing-masing tiga di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu kekal melepasi tahap bahaya setakat jam 5 petang hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini