comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 7,961 di 37 PPS

ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir di Kedah terus mencatatkan penurunan kepada 7,961 mangsa daripada 2,577 keluarga yang ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini.

Jumlah itu dilaporkan setakat jam 11 malam ini dan berkurangan berbanding 8,052 mangsa daripada 2,576 keluarga yang dilaporkan pada jam 8 malam tadi.

Kesemua mangsa banjir terbabit ditempatkan di l PPS yang masih aktif di lima daerah yang terjejas akibat banjir iaitu di Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Bandar Baharu.

Berdasarkan laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, Daerah Kota Setar masih mencatatkan peningkatan seramai 5,334 mangsa daripada 1,769 keluarga di 19 PPS berbanding 5,325 mangsa daripada 1,748 keluarga.

Selain itu, daerah Pendang mencatatkan peningkatan jumlah mangsa seramai 1,604 mangsa daripada 488 keluarga.

Jumlah itu meningkat berbanding 1,548 mangsa daripada 466 keluarga setakat ini.

Dalam pada itu, Kubang Pasu kekal kepada 671 mangsa daripada 217 keluarga seperti sebelum ini.

Selain itu, mangsa banjir di Pokok Sena pula menurun kepada 233 mangsa daripada 77 keluarga berbanding 389 mangsa daripada 119 keluarga.

Dalam pada itu, Bandar Baharu juga mencatatkan jumlah mangsa masih kenal 119 mangsa daripada 26 keluarga.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, dua sungai di daerah Kota Setar terus mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 10 malam hari ini.

Sungai terbabit ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman.

Bagaimanapun, Sungai Bata di daerah Kubang Pasu dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya di Kota Setar pula masih melepasi paras amaran setakat ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini