ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 114 orang daripada 36 keluarga malam ini berbanding 408 orang daripada 136 keluarga, pagi tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata setakat jam 8 malam hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar.
“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan seramai 101 orang daripada 33 keluarga, manakala 13 orang daripada tiga keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah yang dibuka pada Khamis lalu sudah ditutup sepenuhnya pada jam 6 petang tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah. – BERNAMA
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Banjir Kedah: 1,383 mangsa masih berada di 12 PPS
- Banjir di Kedah: Mangsa berkurang kepada 1,550 orang
- Banjir: Dua negeri masih terjejas, jumlah mangsa di Kedah meningkat
- Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 408 orang