comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kedah meningkat semula 

Foto hiasan

ALOR SETAR: Mangsa banjir di negeri ini meningkat semula kepada 463 orang daripada 161 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, setakat jam 7.30 pagi tadi.

Jumlah itu meningkat, berbanding 164 mangsa daripada 58 keluarga di dua PPS di dua daerah iaitu Kubang Pasu dan Padang Terap yang dilaporkan jam 5 petang semalam.

Pertambahan jumlah mangsa banjir itu selepas tiga lagi PPS dibuka iaitu dua di Pokok Sena dan satu lagi PPS dibuka di Kubang Pasu, semalam.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di dua PPS di Kubang Pasu mencatatkan 259 mangsa daripada 94 keluarga.

Mangsa banjir di Pokok Sena pula seramai 153 mangsa daripada 48 keluarga di dua PPS sejak dibuka semalam.

Sebuah PPS di Padang Terap yang dibuka sejak jam 2 tengah hari semalam mencatatkan 51 mangsa daripada 19 keluarga setakat ini.

Dalam pada itu, berdasarkan maklumat Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), empat sungai di negeri ini mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya.

Sungai itu adalah Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar, manakala satu lagi Sungai Perik di Kampung Perik di daerah Padang Terap.

Semua sungai berkenaan menunjukkan trend air menaik setakat ini.

kuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini