Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kedah meningkat, lebih 2,000 terjejas 

Foto: NSTP

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah terus mencatatkan peningkatan apabila 2,194 mangsa daripada 388 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, jumlah mangsa itu dilaporkan setakat jam 8 pagi ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS terbabit mendaftar menggunakan Kod QR yang disediakan di 11 PPS yang terbabit di enam daerah.

Foto: NSTP

“Jumlah mangsa meningkat berbanding 2,039 orang daripada 341 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Zulkhairi berkata, jangkaan di Sik, Yan dan Baling akan ada pembukaan PPS sekiranya hujan berterusan berikutan paras sungai di beberapa daerah di negeri ini menunjukkan trend menaik.

“Mudah-mudahan keadaan reda dan cuaca makin baik,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini