comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 3,496 mangsa, satu PPS ditutup di Changlun

Foto fail

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit kepada 3,496 orang daripada 1,126 keluarga yang ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif di empat daerah setakat jam 8 malam ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 3,474 mangsa daripada 1,113 keluarga yang dilaporkan di 24 PPS setakat jam 4 petang hari ini.

Ini berikutan sebuah PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun di daerah Kubang Pasu ditutup pada jam 6 petang tadi menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di daerah itu adalah seramai 1,092 mangsa daripada 372 keluarga di lapan PPS.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi yang dipindahkan ke sembilan PPS di daerah itu setakat ini iaitu seramai 1,376 orang daripada 434 keluarga.

Beliau berkata, empat PPS di daerah Pokok Sena pula menempatkan seramai 517 mangsa daripada 184 keluarga manakala di daerah Pendang pula menempatkan seramai 511 mangsa daripada 136 keluarga di dua PPS.

Sementara itu, laman Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, lima sungai di negeri ini terus menunjukkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 8 malam hari ini.

Kesemua sungai terbabit adalah di tiga daerah iaitu dua di Kota Setar iaitu di Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman manakala masing-masing satu di Kubang Pasu iaitu di Sungai Padang Terap di Kepala Batas serta Sungai Bata di Kampung Bata dan Sungai Sedim di Kampung Sedim di daerah Baling.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini