Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kedah meningkat, 7 PPS dibuka

Tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kubang Pasu dan Sik bagi menempatkan mangsa banjir.

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Bilangan mangsa yang terjejas dengan banjir di Kedah meningkat kepada 569 orang dari dua daerah iaitu Kubang Pasu dan Sik, pada pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah berkata, tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di kawasan berkenaan bagi menempatkan mangsa banjir.

“Di daerah Kubang Pasu, 535 mangsa daripada 184 isi keluarga telah dipindahkan.

“Mereka ditempatkan di 6 PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, SMK Banai, Sk Felda Batu 8, SK Sultan Ahmah Tajuddin, Dewan PPK Lubuk Batu dan SK Malau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kesemua mangsa berasal dari 16 kampung dan taman dari mukim Changlun dan Temin di daerah Kubang Pasu.

Manakala di daerah Sik, 34 mangsa daripada 13 isi keluarga telah dipindahkan ke PPS.

Mereka dari Kampung Kota Aur di mukim Sok ditempatkan di PPS SK Kota Aur yang dibuka malam tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini