Oleh: Selwam Arjunan
ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri Kedah mencecah 3,004 orang setakat jam 6 petang tadi.
Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 43 PPS sedang beroperasi untuk menampung mangsa dari 1,006 keluarga yang terjejas.
Selain Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena dan Sik yang dilanda banjir sebelum ini, daerah Kota Setar turut dinaiki air hari ini.
Daerah Kubang Pasu masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,807 orang di 13 PPS.
Ia diikuti 721 mangsa di Sik di 7 PPS, 354 orang di Kota Setar berlindung di 10 PPS.
Manakala, 74 orang di Pokok Sena berteduh 4 PPS dan 48 mangsadi 9 PPS di Padang Terap.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.