comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 7,174 orang malam ini

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah dilaporkan terus berkurangan kepada 7,174 orang setakat 8 malam ini berbanding 7,252 pada petang tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, semua mangsa daripada 2,310 keluarga itu kini ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang terjejas.

Kota Setar masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,943 orang diikuti Pendang (1,606), Kubang Pasu (552) dan Pokok Sena sebanyak 73 orang.

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR masih kekal berada pada paras bahaya.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini