comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kedah berkurangan ke 5,592 orang pada 8 malam

Suasana di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Sultan Abdul Halim, semalam.-Foto: NSTP

ALOR SETAR: Keadaan banjir yang semakin surut di negeri ini berikutan cuaca baik hari ini menyebabkan mangsa banjir yang ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah berkurangan kepada 5,592 mangsa daripada 1,788 keluarga.

Jumlah itu dilaporkan setakat jam 8 malam ini berbanding 5,814 mangsa daripada 1,859 keluarga yang dilaporkan jam 4 petang tadi.

Empat PPS yang masih aktif adalah di daerah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar menurun kepada 3,745 mangsa daripada 1,217 keluarga berbanding 3,921 mangsa daripada 1,274 keluarga sebelum ini.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di 10 PPS di Pendang meningkat sedikit kepada 1,607 mangsa daripada 491 keluarga berbanding manakala dua PPS di Kubang Pasu pula mencatatkan penurunan kepada 181 mangsa daripada 56 jelua

Selain itu, mangsa banjir di Kubang Pasu pula berkurangan kepada 225 mangsa daripada 70 keluarga di dua PPS berbanding 493 mangsa daripada 144 keluarga sebelum ini.

PPS Pokok Sena juga berkurangan 59 mangsa daripada 24 keluarga berbanding 67 mangsa daripada 28 keluarga.

Dalam pada itu, berdasarkan laman web Publik Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan, bacaan paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya 22.13 meter (m) berbanding 21.6 m pada jam 4 petang hari ini.

Selain itu, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR Kota Setar dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya mencatatkan bacaan melebihi paras amaran manakala Sungai Bata di Kampung Bata di Kampung Bata di daerah Kubang Pasu mencatatkan bacaan melebihi paras waspada.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini