comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Dungun kekal 463 pagi ini

Foto: NSTP

KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di Terengganu kekal 463 orang yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.

Mereka terdiri daripada 149 keluarga di Dungun yang menjadi satu-satunya daerah masih terjejas akibat gelombang keempat banjir yang bermula 23 Januari lalu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 237 mangsa banjir (88 keluarga) berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, dan 226 lagi (61 keluarga) di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor.

Ketika ini, keadaan cuaca dilihat mendung di kebanyakan kawasan sekitar Terengganu.

Gelombang banjir kali ini menyaksikan Dungun muncul daerah paling terjejas, termasuk insiden pada 25 Januari lalu yang menyebabkan tiga kediaman hanyut dengan satu daripadanya hanya tinggal tangga dan tiang rumah di Kampung Shukor, Hulu Dungun.

Kejadian itu disifatkan sebagai bencana terburuk pernah dilalui penduduk dalam tempoh 60 tahun di kampung berkenaan.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini