CHANGLUN: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun meningkat kepada 61 mangsa daripada 18 keluarga pagi ini, berbanding 21 mangsa daripada enam keluarga, jam 11 malam tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata kesemua mangsa adalah penduduk Kampung Paya Nangmah dan Kampung Paya Nongmi.
Jumlah mangsa dipindahkan meningkat disebabkan paras air semakin naik selepas air sungai melimpah akibat hujan berterusan jam 8.50 malam tadi.
“Status air kini semakin menaik dan pemantauan sedang dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kubang Pasu di kawasan terjejas.
“Mangsa membabitkan 21 lelaki dewasa, wanita dewasa (18), kanak-kanak (17), warga emas (3) dan bayi (2).
“Mereka dipindahkan sementara di PPS SMK Changlun, berikutan paras air yang semakin meningkat dan memasuki rumah mereka,” katanya.
| ARTIKEL BERKAITAN