Tumpuan :
Nasional

Malaysia-UAE meterai CEPA, pemangkin hubungan perdagangan dan pelaburan

Oleh: Mohd Redzuan Abdul Manap

ABU DHABI: Malaysia dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) hari ini memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, CEPA adalah perjanjian perdagangan bebas (FTA) pertama antara Malaysia dengan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Majlis menandatangani CEPA disaksikan Datuk Seri Anwar dan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di luar Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) yang berlangsung di sini.

Perjanjian itu dijangka menjadi pemangkin kepada hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih kukuh, bukan sahaja antara Malaysia dan UAE malah negara Teluk yang lain.

CEPA antara Malaysia dan UAE juga mencipta rekod baharu sebagai perjanjian perdagangan bebas terpantas dimuktamadkan, dalam tempoh 11 bulan sahaja.

Perjanjian dijangka akan meningkatkan jumlah perdagangan dua hala sekurang-kurangnya 60 peratus dalam tempoh lima tahun.

Sasaran selepas ini adalah perjanjian bebas bersama negara Teluk lain seperti Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Arab Saudi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini