comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia tidak akan ambil mudah hadapi cabaran serantau, global – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kerajaan tidak akan ambil mudah atau berpuas hati dengan pencapaiannya, sebaliknya akan terus berwaspada dalam menghadapi cabaran serantau dan global.

Ketika menegaskan perkara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ini penting walaupun usaha pembaharuan struktur negara telah membuahkan hasil sebagaimana dibuktikan oleh prestasi ringgit yang mengukuh, lonjakan pelaburan serta trajektori pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terbabit dalam pencapaian yang diraih oleh negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti pelaburan kita, baik asing dan domestik di atas kepercayaan serta keyakinan mereka terhadap ekonomi Malaysia selain tadbir urus, kedaulatan undang-undang dan kestabilan politik kita,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Forum Megatrend Khazanah 2024 di sini, hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut mengulangi komitmen kerajaan untuk memastikan Malaysia terus berkembang maju dalam persekitaran global masa kini.

Perdana Menteri turut menekankan kepentingan negara untuk memberi tindak balas yang perlu berciri holistik dan diselaras serta mengutamakan kesejahteraan Malaysia bagi jangka panjang.

“Rangka kerja Ekonomi MADANI yang saya perkenalkan tahun lepas, jelas menggariskan bagaimana Malaysia dapat bersiap sedia untuk berdepan dengan ekonomi global yang semakin dinamik dan rumit,” kata beliau.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini