comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia, Thailand setuju kukuhkan hubungan antara Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Thailand bersetuju mengenai keperluan untuk menjalin hubungan lebih erat antara Ahli Parlimen bagi meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dipersetujui semasa pertemuannya dengan Presiden Dewan Negara dan Speaker Dewan Perwakilan Thailand, Wan Muhammad Noor Matha pagi tadi.

“Semasa pertemuan saya dengan Wan Muhamad pagi ini, kami membincangkan kerjasama antara Malaysia dan Thailand dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan dan pelancongan,” kata Datuk Seri Anwar dalam Facebooknya.

Perdana Menteri berkata beliau dan Wan Muhamad turut menyentuh usaha memperkukuh lagi kerjasama antara kedua-dua negara dalam sektor pendidikan dan pembangunan masyarakat Islam termasuk di selatan Thailand.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini