comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia Thailand perkukuh kerjasama bidang pendidikan, ekonomi persempadanan

Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel melihat produk tempatan dihasilkan penduduk selatan Thailand

Oleh : Tuan Daniya Meringing

PATTANI: Negara-negara Islam termasuk Malaysia, sentiasa diberi peluang memperkukuhkan kerjasama dua hala, dengan Thailand dalam sektor ekonomi dan pendidikan di wilayah selatan.

Ia selaras dengan komitmen yang dicapai antara pucuk pimpinan tertinggi Thailand dan Malaysia, ketika kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Bangkok, Februari lalu.

Duta Besar Malaysia Ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata, beliau melihat kawasan di sempadan kedua-dua negara, mempunyai banyak potensi untuk diterokai.

Duta Besar Malaysia Ke Thailand, Datuk Jojie Samuel (baju batik kuning) melihat produk tempatan dihasilkan penduduk selatan Thailand

Semalam, delegasi 10 duta besar negara Islam termasuk Malaysia, Indonesia, Qatar, Kuwait, Turkiye dan Arab Saudi mengakhiri lawatan tiga mereka di selatan Thailand.

Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) itu mengunjungi tiga wilayah iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat menjadi lokasi terakhir mereka.

Lawatan pertama ke Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan, SBPAC untuk mendengar taklimat mengenai pembangunan yang telah dijalankan oleh SBPAC termasuk usahanya menyelesaikan konflik.

Menurut Datuk Jojie, ketika beliau melawat Universiti Prince Of Songkla Cawangan Pattani, pelbagai bentuk kerjasama dapat dilakukan oleh Malaysia dalam bidang pendidikan dan akan meneruskan kerjasama itu melalui pejabat konsulat Malaysia di Songkhla.

Manakala ketika melawat kilang memproses hasil ikan di Pattani beliau berkata, banyak potensi boleh diketengahkan, termasuk pemasaran produk negara Islam lain.

“Malaysia adalah kawan rapat dan juga jiran yang rapat dengan Thailand, kami melihat kepada perkembangan ekonomi dan sosial di selatan Thailand dari segi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di sini,” katanya.

Tambah beliau, ekonomi persempadanan pastinya akan dibincangkan dengan lebih lanjut antara Malaysia dan Thailand.

Loading...
Terkini